Headlines News :
Home » » Ibadah solat mengajar erti masa dan taat

Ibadah solat mengajar erti masa dan taat

Written By zabidi on Thursday 1 June 2017 | June 01, 2017

Oleh ASYRAF HANIF 

SOLAT merupakan satu ibadah yang mengajar begitu banyak perkara dalam kita menghadapi kehidupan mahupun untuk peribadi ataupun berjamaah (organisasi).

Solat telah diperintahkan Allah kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. lima kali sehari mengikut kepada masamasa tertentu.

Setiap waktu solat mempunyai had masa tertentu bagi mendidik umat Nabi Muhammad untuk menjaga masa.

Bila tibanya waktu subuh, maka bangkitlah umat Islam daripada tidur untuk menunaikan solat. Begitulah juga pada waktu Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.

Perlaksanaan ibadah solat mengikut waktu ini adalah satu didikan kepada umat islam didalam kita menepati masa.

Kita tidak boleh solat Zohor setelah masuknya waktu Asar dan begitulah keadaannya untuk waktu-waktu solat yang lain.

Begitulah juga solat berjamaah. Adanya imam, bilal dan makmum. Tugas imam mengetuai solat, bilal memberi “signal” kepada tetamu Allah untuk bersedia untuk solat, dan tugas makmum adalah mengikut apa yang dibuat oleh imam selagimana imam tidak melakukan perkara yang boleh membatalkan solat.

Apabila imam mengangkat takbir untuk rukuk, maka menjadi kewajipan kepada makmum untuk mengikut “perintah” yang diberikan imam untuk rukuk. Begitulah didikan yang diberikan Allah dalam ibadah solat kepada manusia untuk sentiasa taat kepada amir (ketua) jamaah (organisasi).

Hebatnya aturan Allah mendidik umat Islam. Mengajarkan manusia untuk menjaga masa dan juga mentaati pemimpin yang mentaati Allah dan Rasul.

Cukup malang ada diantara kita hanya sekadar solat tanpa kita memerhati tentang didikan yang Allah ingin berikan kepada kita. Ada diantara kita mengaku mengikuti al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan utama tetapi dalam kehidupan, kita tidak menjaga masa dan lebih teruk dari itu, kita tidak mentaati apa yang ketua kita perintahkan.

Adakah cukup dengan kita melaungkan slogan “Ar-Rasul ikutan kami, al-Quran panduan kami,” tanpa kita melakukan apa yang kita laungkan?

Sesungguhnya amal itu bukanlah dengan slogan tetapi amal itu adalah dengan kita melakukan perintah yang Allah tetapkan dalam al-Quran dan apa yang disampaikan oleh Rasul-Nya.
Share this post :

Post a Comment

 
Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. Berani Kerana Benar - All Rights Reserved

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER